Topik rumah mampu milik seringkali dibicara oleh warga Malaysia yang berhajat menjadi pemilik rumah. Tidak boleh dinafikan yang harga hartanah bukanlah sesuatu yang selalunya murah. Namun, dengan skim kewangan yang ditawarkan oleh kerajaan atau badan swasta serta pembangunan yang berkualiti oleh pemaju, anda boleh mendapatkan nilai yang terbaik bila anda mengikuti tips-tips ini.
1) Pilih Skim Pembelian Rumah Yang Sesuai Buat Anda
Jika anda merupakan seseorang pembeli rumah pertama, terdapat beberapa program bantuan dan skim kewangan yang mampu membantu anda. Bank Negara Malaysia (BNM) telah menubuhkan dana RM1 billion Rumah Mampu Milik untuk membantu golongan berpendapatan rendah seluruh negara membeli rumah pertama mereka.
Selain daripada itu, jika gaji anda kurang daipada RM5000 dan pendapatan isi rumah adalah kurang daripada RM10,000, pelbagai bank menawarkan pinjaman rumah dengan pembiayaan 100% buat pembeli rumah pertama di bawah Skim Rumah Pertamaku.

2) Pilih Pemaju Yang Dipercayai
Pemaju yang berpengalaman dan bereputasi baik dalam pembangunan perumahan akan membina rumah-rumah yang berkualiti yang bernilai. Ya, pasti lebih mudah untuk memilih opsyen rumah mampu milik yang paling murah dalam bajet anda, tapi wang yang anda jimat sekarang mungkin pula dibazirkan pada masa hapadan dalam pembaikian, penaikan taraf dan sebagainya. Sebelum membeli rumah, pastikan anda membuat penyelidikan yang menyeluruh agar duit anda takkan terbazir.
3) Duduk Jauh Sedikit Dari Bandar
Hartanah yang terletak di tengah-tengah bandar selalunya datang dengan harga yang tinggi. Memanglah duduk di bandar mempunyai kelebihan yang banyak, tetapi terdapat banyak alternatif lain seperti pembangunan luar bandar yang baik dan juga peningkatan kualiti pengangkutan awam. Kawasan perumahan yang baik haruslah mempunyai rumah berkualiti dengan kemudahan yang lengkap, termasuklah pengangkutan awam untuk menyenangkan perjalanan anda.
Kesimpulan
https://www.youtube.com/watch?v=IiJUSIJTHqs&t=4s
Sebagai seorang pembeli rumah pertama, rumah mampu milik yang baik tidaklah mustahil untuk didapati. Ikuti petua-petua ini untuk mendapatkan rumah pertama yang berbaloi buat anda dan keluarga. Untuk ketahui lebih lanjut tentang rumah mampu milik berkualiti dan dipercayai di Dengkil, klik di sini https://www.lbscybersouth.com.my/.